Garam makan
Garam makan

Garam makan

Garam makan, juga dikenali hanya sebagai garam terdapat dalam bentuk garam halus atau garam kasar merupakan satu mineral, hanya satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia. Terdapat pelbagai bentuk garam makan: garam kasar, garam halus, garam beriodin. Ia terdapat dalam bentuk pepejal kristal, bewarna putih, merah jambu lembut, atau kelabu pucat, yang di dapati dari air laut atau simpanan batu (rock deposits). Garam laut diedarkan dalam bentuk kasar atau halus. Secara semula jadi, ia merangkumi bukan hanya natrium klorida, tetapi juga galian seni penting yang lain. Batu garam makan mungkin bewarna kelabu pucat disebabkan kandungan mineral.Garam diperlukan bagi semua benda hidup untuk terus hidup, termasuk manusia. Garam terbabit dalam mengawal kandungan air (imbangan cecair) dalam badan. Perasa garam merupakan salah satu daripada rasa asas. Kemaruk garam mungkin disebabkan oleh kekurangan galian seni dan juga kekurangan natrium klorida itu sendiri.Garam diperlukan untuk terus hidup, tetapi terlebih makan boleh meningkatkan masaalah kesihatan, termasuk tekanan darah tinggi, dalam mereka yang cenderung secara genetik kepada hipertension. Dalam penyediaan makanan, garam digunakan sebagai pengawet dan sebagai perisa.